Vida Bina Gimnasium Bertaraf Dunia, Dilengkapi Kolam Ais Untuk TRW

FAST DOWNLOADads
Download

Nampaknya gayanya musim 2016, tranformasi pasukan Kelantan agak ketara. TRW selepas ini akan dilengkapi dengan sebuah gimnasium siap dengan kolam ais sepertimana yang dimiliki pasukan-pasukan terkemuka dunia.

Gimnasium lengkap ini akan dibina dalam tempoh masa sebulan dari sekarang. Kerja-kerja pengubahsuaian akan bermula minggu depan. Lokasinya adalah Tingkat 3 Wisma Vida Beauty, lagipun ruang distadium agak terhad.

Ini berita baik, sebab fasiliti untuk TRW semakin lengkap. Diharap dengan adanya kemudahan seperti ini akan menaikkan lagi semangat pemain untuk berjuang habis-habisan musim ini untuk bangkit semula.

"Kita mahu pemain jalani latihan fizikal di dalam gimnasium yang serba lengkap seperti kolam ais itu, jakuzi, sauna dan tempat fisioterapi supaya mereka lebih cergas dan dapat beraksi dengan cemerlang," katanya.

Memang penting adanya gimnasium yang lengkap agar tahap kecerdasan fizikal pemain berada ditahap yang baik untuk terus beraksi dengan cemerlang.

Beberapa musim lepas, kita boleh tengok  pasukan Kelantan kerap dilanda masalah kecederaan pemain. Jika pemain kerap cedera memang akan memberika kesan kepada prestasi pasukan.

Menurut usahawan kosmetik terkemuka negara itu, bangunan Wisma Vida Beauty (gambar) setinggi tiga tingkat itu akan berubah wajah sepenuhnya kerana akan dicat dengan warna asas Qu Puteh iaitu merah jambu dan putih.

Katanya, selain pembinaan gimnasium, tingkat dua di wisma tersebut juga akan diubah suai menjadi pejabat pengurusan dan bilik mesyuarat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Manakala di tingkat satu bangunan tersebut akan menempatkan ruang santai, kafe dan kaunter penjualan tiket dan barangan TRW.

Pengubahsuaian bangunan tersebut merupakan salah satu daripada 35 syarat yang dikemukakan kepada Kafa sebelum bersetuju menaja TRW selama dua musim.

Jelas beliau lagi, bangunan tersebut akan disewakan kepada Kafa dengan sewa bulanan sebanyak RM30,000 tetapi jumlah itu akan ditolak daripada nilai tajaan sebanyak RM16 juta kepada pasukan tersebut.

Vida berkata kadar sewa tersebut adalah berpatutan selepas mengambil kira kos penyelenggaraan dan pengubahsuaian bangunan tersebut yang akan digunakan pemain dan pihak pengurusan tertinggi Kafa.


FAST DOWNLOADads
| Server1 | Server2 | Server3 |
Download
Next Post Previous Post