Rombak KAFA?

FAST DOWNLOADads
Download

"Rombak KAFA" Bersidai kain rentang di curva jagaan Gate H Boys, semangat jiwa anak muda yang mahu dikenali sebagai ultras.

Kemudiannya kain rentang berbau provokasi itu dipaksa diturun oleh anggota keselamatan yang bertugas, siapa yang beri arahan aku tak tahu.

TSAM beberapa jam sebelum perlawanan Kelantan vs Terengganu ada kendengaran bunyi sumbang pasal tampuk kepimpinan KAFA.

Kata TSAM tahun ini tempoh bagi exco KAFA akan berakhir. Jadi sebelum Disember perlu diadakan mesyuarat agong dan akan diadakan pemilihan exco-exco yang baru untuk mentadbir KAFA.

Aku baca status facebook TSAM dalam nada merajuk, dia menyatakan hasrat untuk tidak menawarkan diri untuk jawatan presiden KAFA.

Jadi pada tahun ini adakah penyokong Kelantan akan menyaksikan rombakkan besaran dalam pentadbiran KAFA? atau hanya sekadar gimik orang atasan.

Kenapa Gate H Boys melaungkan semboyan perang mahu rombak KAFA?

Anak-anak muda ini ada resolusi, bukan sekadar mencanting banting lalu direntang pada pagar stadium keramat TRW.

Alasan utama GHB adalah kemerosotan TRW sejak beberapa musim gagal ditangani oleh KAFA, malah setiap musim mereka mengulangi drama kesilapan yang sama.

Bukan sahaja TRW berdepan masalah prestasi yo-yo, naik turun, 'mamba' diatas padang. Sejak beberapa musim juga TRW diselubungi masalah konflik dalaman.

Resolusi Rombak KAFA

1. Kegagalan membayar gaji dan caruman KWSP pemain. Pemain dan staff perlu dibayar gaji masa.

2. Kegagalan mengetengahkan pemain muda. Terlalu ramai bakat muda yang "lari" dan tidak mahu pulang atas dasar KAFA yang pilih bulu dalam kesebelasan utama.

3. Kegagalan berulang dalam memilih pemain import.

4. Kegagalan memilih dan mengekalkan jurulatih berkualiti. 6 orang jurulatih bertukar ganti sepanjang 3 tahun bukan rekod yang baik.

5. Gagal menguruskan kewangan pasukan. Tidak telus dalam kewangan. Penyokong berhak tahu aliran wang persatuan.

6. Kami mahu KAFA dirombak dan diuruskan dengan profesional agar tiada lagi pekerja "sukarela" di dalam pasukan.

7. Kami mahu staff kepimpinan dipilih berdasarkan pengetahuan dalam bolasepak, bukan pemilihan kroni.

8. Kami mahu persatuan yang bebas dari politik dan ahli politik.

9. Barisan kepimpinan KAFA sekarang ternyata sudah tidak relevan di era baru, di mana setiap pasukan bersaing sengit dari setiap segi. KAFA ternyata tidak mempunyai idea yang segar untuk memajukan pasukan.

10. Kami mahu persatuan tegas dengan pemain yang besar kepala. Tiada istilah lagenda atau anak emas.

11. Kami mahu presiden berundur, seterusnya memberi peluang kepada beliau untuk "berbulan madu" dengan jawatan baru beliau dalam bidang politik.

12. Kami mahu nama "The Red Warriors" dikekalkan.

13. Kami mahu warna Merah kebanggaan kami dikembalikan.

14. Dengan itu kami mendesak agar setiap barisan kepimpinan KAFA berundur secara terhormat demi kebaikan pasukan.

Itulah petika resolusi yang GHB perjuangkan demi bolasepak Kelantan.

Namum aku tak nafikan akan ada suara-suara daripada 'penjilat' yang asyik mencanang kalau bukan kerana TSAM dulu TRW takkan mendapat nama seperti sekarang.

Jika mahu TSAM turun siapa yang paling layak dan setanding TSAM memengang jawatan presiden. - Sang Penjilat.

Tapi aku bukan sang penakir, aku cuma mahu tengok bolasepak Kelantan terus maju. Buat apa kita bersandar pada kenangan, jika prestasi TRW terumbang ambing ibarat wau bulan terputus talinya.

FAST DOWNLOADads
| Server1 | Server2 | Server3 |
Download
Next Post Previous Post