Pamoga Qu Puteh Dan TRW
Selamat datang kepada Dato Vida yang sudi menjadi keluarga besat TRW.
Aku juga suka dengan Dato Vida dilantik sebagai penasihat kepada TRW, sebab dia boleh pantau duit penajaan dia. Jadi akan senyaplah mulut-mulut yang mengatakan ada individu yang songlap duit penajaan juta-juta.
Mungkin ada dari kalangan penyokong yang tak puas hati disebabkan penajaan ini diletakkan bermacam-macam syarat sampai 35 syarat tu, mengalahkan Puteri Gunung Ledang punya syarat.
Tapi harus diingat Dato Vida mengeluarkan modal besar untuk penajaan bukan untuk suka-suka, dia ada misi untuk mempromosikan produk kecantikkan keluaran syarikat dia. Jadi sila besar jika kita bandingkan dengan pemberian 50 juta Sultan Johor kepada pasukan JDT.
Sejak daripada tahun 2009 lagi pasukan TRW memang nadinya berdenyut hasil daripada wang penajaan tak sama macam negeri lain yang sering mendapat suntikkan modal daripada kerajaan negeri.
Antara syarikat besar yang pernah jadi penaja utama Kelantan adalah AirAsia, Hotlink, ChengalJati serta Adabi, malah turut dibantu dengan penaja-penaja yang lain.
Ada juga pasukan yang ditaja oleh anak syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan negeri. Macam JDT sendiri pula pasukan itu dibawah naungan kerabat diraja.
Cuma diharap nama pasukan Kelantan tidak ditukar, pasal nak cat stadium dengan warna merah jambu rasa tak ada masalah kot sebab warna stadium tu memang dah nampak uzur sangat.
Kalau jersi pink masih tak ada masalah, jersi apek pun pernah ada warna pink. Malah ada team-team besar pun pernah guan jersi warna pink. Asalkan main cantik, menang kejuaraan, paa nak kisah pasal warna pink.
Ramai yang perli pemain Kelantan kena buat aksi "Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih, Muaahh!" apabila menjaringkan gol. Tapi dari sudut lain tak rasa bengang ke pasukan lawan apabila melihat pemain Kelantan buat aksi itu selepas menjaringkan gol...mau sakit hati orang tengok...hahaha