Beri Peluang Kepada Pemain Muda Beraksi
Sejak beberapa perlawanan terakhir Kelantan, K Devan nampaknya lebih senang menurunkan beberapa pemain muda untuk beraksi bersama skuad utama. Antara pemain muda yang diberi peluang adalah Mohd Qayyum (22) dan Fakhrul Zaman (22)
Mohd Qayyum nampak telah berjaya menambat hati penyokong Kelantan, apabila rata-rata memberikan komen positif terhadap permainan anak muda ini diatas padang. Dan ramai yang berharap beliau akan diturunkan lebih kerap untuk terus mengilap bakatnya bersama pemain-pemain senior.
Dalam 2 perlawanan terakhir iaitu menentang Terengganu dan Felda United, Qayyum telah mendapat kepercayaan K Devan untuk 2 kali terpilih dalam kesebelasan utama pasukan Kelantan.
Mohammad Qayyum Marjoni Sabil, pemain Kelantan yang lahir pada 28 Mac 1994. Pemain muda ini bermain di posisi Left Back (LB).
Qayyum memulakan kareer bolasepaknya dengan menyertai Skuad Piala Presiden Kelantan pada musim 2012. Pada tahun 2013 beliau dan rakan sepasukan berjaya memenangi Piala Presiden menewaskan Perak U21, 2-1.
Pada tahun 2014 pula beliau membuat penampilan dalam skuad Harimau Muda B, diturunkan dalam 16 perlawanan Qayyum berjaya menjaringkan 2 gol.
Dan pada musim 2015, Qayyum yang ditugaskan menjadi kapten sekali berjaya membantu Skuad President Warriors memenangi Piala Presiden dengan menewaskan Pulau Pinang U21, 2-1. Namum di perlawanan final ini pada minit ke-58 belaiu telah dilayangkan kad merah.
Pada musim 2016, Qayyum telah diserap masuk ke skuad utama pasukan Kelantan.